Friday, August 17, 2012

Assalamualaikum. Saat ini banyak yang nak diluahkan,tapi tak tahu perkataan yang sesuai. Ramadan,kamu akan dirindui.Rasa macam sekejapp saja berpuasa tahun ni. Oh ya,target aku untuk khatam Al-Quran sebelum Syawal berjaya setakat ini. Untuk kali pertama,aku deactivate 2 rangkaian sosial yang dah banyak curi masa aku. IMHO,aku rasa perhubingan dengan manusia di alam realiti semakin dilupakan kalau terlalu banyak menghabiskan masa dengan rakan di alam maya ni. Gara-gara social networks , sesebuah perhubungan boleh putus.Ini kalau ikut pengalaman aku la kan. Dah,taknak sebut lagi.Kalau cerita,orang takkan faham. Tapi,terima kasih kepada teman yang ringan mulut bertanya,walaupun pada mulanya aku macam hanyut,tak tahu nak bergantung harap ,nak bercerita pada siapa. Terima kasih kepada yang mengingatkan.Aku masih ada Allah,keluarga dan sahabat. Sungguh,sepanjang 7 bulan aku abaikan blog ni,macam-macam perkara dah terjadi.ups and downs.Bulan Jun paling menggugat kestabilan emosi aku.Final exam,masalah kesihatan,dll yang membuatkan aku overly attached dengan orang dan rasa insecurity jadi berganda.Ya,aku ni sangatlah banyak kekurangan. Untuk awak,terima kasih atas semua.Sabar,masa,prihatin yang awak bagi selama ini.Sorry for the wrong done dan saya mintak awak halalkan semuanya.You made me realised that you are better off without me.Awak sedang buktikannya sekarang.Saya faham.Susah,tapi saya cuba.Semoga bahagia,dengan orang itu yang memang lebih baik dari saya dalam segala segi. Okay,nak sambung shopping.Terapi yang berkesan bagi aku,setakat ini selain daripada menyental sesuatu dengan kuat sampai hilang segala tekanan. Doakan aku yaa teman-teman.Aku nak jadi gagah,macam dulu balik. Selamat Hari Raya.Maaf untuk semua.