Thursday, January 19, 2012

Syurga,

Assalamualaikum!

Naqibah aku pernah cakap,

"Kalau baca tafsir Al-Quran jangan hanya imagine balasan baik yang Allah s.w.t bagi untuk hambaNya yang masuk syurga,tapi cuba bayangkan jugak azab yang Dia dah janjikan untuk hambaNya di Neraka.Nauzubillah,mesti kita akan takut untuk buat dosa."

Ya.Aku bukan sempurna.Kadang-kadang hanyut jugak.Bab berpakaian,tingkah laku,percakapan memang di luar kawalan aku.Aku tak cukup kuat lagi.Tapi aku takkan berhenti berusaha untuk jadi lebih baik.InsyaAllah,maybe one fine day I will change for good.Untuk baba,mama dan bakal zauj(suami).hihi.

Semalam tewas lagi.Menangis bila teringat masa lalu.Lemah betul aku bila balik rumah ni.Tapi aku menangis bawah selimut saja,tak nak adik-adik aku tau.Sebab aku kan kakak,kakak kena kental!



Bercakap pasal syurga,aku dah berada di syurga kecil sebenarnya.Rumahku syurgaku!I'm glad to be home.Lepas tungging terbalik struggle untuk final exam,balik rumah adalah ganjaran terbaik!Sungguh,aku tak boleh banyangkan kalau aku belajar di oversea.Belajar di over-the-sea ni pun dah cukup untuk rasa macam mana jauh dengan family.Bila sakit demam mama baba tak boleh nak drive sampai Sarawak melainkan terbang nait belon.


Yang pasti,aku akan guna masa cuti ni dengan sebaiknya.Banyak benda nak buat sampai tak tau nak buat yang mana satu dulu.*konon*

Sarawak yang disayangi,kita jumpa lagi 19 Februari nanti!
Perlis & Kedah tercinta,aku nak jalan-jalan sampai lebam!

Sekian,As-Salam. :)

No comments:

Post a Comment