Friday, December 2, 2011

Bila Si Gadis Ditakluk Emosi




Assalamualaikum!

*sila baca dengan gaya skema,seperti mama aku a.k.a Pemeriksa Kertas SPM Bahasa Melayu*kofkofkof!

Muasir ini,semakin ramai orang yang meluahkan rasa bengang,geram,marah,caci,maki dan sebagainya di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.Aku adalah antara orang yang tidak terkecuali daripada melakukan perkara sedemikian.Tatkala pelajar Tingkatan 5 sedang bersuka ria setelah selesai menduduki Peperiksaan SPM,pelajar universiti dihujani dengan tugasan yang tersangatlah banyaknya,bahkan tarikh untuk menyerahkan tugasan-tugasan tersebut tidak jauh beza harinya.

Bagi si gadis,tekanan yang dialami akan bertambah dengan kehadiran simptom Pra-Menstruasi.Perubahan emosi yang kerap turun-naik menyebabkan diri mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya.Hal ini merupakan luar dari kawalan si gadis.Keadaan ini memberi impak kepada orang sekeliling dan suasana persekitaran si gadis.

Baiklah,ini situasi :

Anda perlu menyerahkan 4,5 tugasan pada hari yang sama,sedangkan anda harus menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi kursus teras,yang sangat memerlukan konsentrasi,juga pada hari yang sama.Talian wi-fi yang lebih perlahan dari pergerakan siput,ditambah pula dengan komputer riba yang sedang menunggu masa untuk 'mati'.Apakah yang akan anda lakukan?

a) Menyiapkan tugasan dengan segera
b) Mengulangkaji terlebih dahulu sebelum mula menyiapkan tugasan
c) Melakukan 2 tugas serentak *ini seperti mustahil*
d) tidak melakukan apa-apa dan terus melayari internet*ini menjadi pilihan ramai*

Rasionalnya,setiap apa yang terjadi kepada kita merupakan perkara biasa atau normal bagi seorang pelajar.Allah s.w.t tidak akan menguji hamba-Nya di luar batas kemampuan hamba-Nya.Ujian itu,sebagai tanda bahawa Allah s.w.t sangat sayang dan memberikan perhatian-Nya kepada hamba yang kerdil seperti kita ini.

Fakta : Manusia hanya menggunakan 3% daripada otaknya sepanjang hidup.Albert Einstein,sang genius pun hanya menggunakan sebanyak 5% daripada otaknya untuk berfikir.





Kepada manusia-manusia yang sedang mengalami tekanan di luar sana,

:) Solat.Doa.
:) Senyum selalu!
:) Cari teman yang sudi menghulurkan telinga,bahu,dan tangan kepada anda.
:) Baca Al-Quran,ini penawar paling hebat.
:) Bersenam,buat kerja rumah seperti mengemop lantai,menyapu sampah,dsb.


Sekian,As-Salam. :)

p/s : Mama mesti bising kalau baca ni.Bahasa Melayu aku dah teruk.wuwu.Saja aku guna bahasa baku dan skema.Sebab esok exam Asas Pembudayaan Keusahawanan wehhh!kena mengarang. -.- btw,doakan aku agar semua urusan dipermudahkan.okay?Syukran!

No comments:

Post a Comment