Saturday, December 31, 2011

Recap of 2011

Assalamualaikum!

Post kali ni paling panjang dalam sejarah blog aku.Jadi,sila bertahan ye.hehe.Yess.hari ni,31 Disember 2011.Hari terkhir untuk tahun 2011.Final exam untuk semester pertama aku,tahun depan.Lambat lagi kan?Tahun depan tu esok lahh!Okay,post kali ni nak recap balik apa yang jadi sepanjang 2011.Muhasabah bak kata orang.

Januari 2011 :
Aku di Sarawak,tengah berkuliah untuk semester 2 Asasi / Pra-Universiti UNIMAS.

Februari 2011:
Birthday pertama di perantauan.Hari lahir aku jatuh pada hari Sabtu,kebetulan ada trip jungle trekking ke Kubah National Park.Awal pagi masa kat bilik mandi,ramai yang dah bangun,sebab depa pun join trip tu.Dapat banyak wish secara face to face.Terharu sangatt.Bukan apa,personal wish macam tu lagi terkesan di hati.And and and dapat kasut hijau yeay!

Mac & April 2011 :
Dah hampir dengan final exam.Tapi makin banyak assignment yang berat.Untuk English,kena aturkan exhibition.Bagi aku,sweet memory lah bila dikenang balik.Segala usaha yang dah dibuat berbaloi-baloi!

Mei 2011 :
Aku terbang balik Tanah Melayu,a.k.a Semenanjuung untuk habiskan masa menternak lemak badan!Tapi rasa seronok tu tak lama.Aku hilang Tok ayah,ayah kepada mama,21 Mei 2011 sebab strok,leading to body system failure.Aku berpeluang jaga tok ayah dari malam sampai pagi untuk seminggu.Tok ayah,Nani rindu.Al-Fatihah.

Jun,Julai, Ogos 2011 :
Aku jadi surirumah sepenuh masa,merangkap babysitter si Akmal.Masa bosan macam ni lah aku terbuat blog.hahaha!Banyak jugak post pasal Akmal ni,ce godek kat aku punya arkib.Puasa di rumah sangat heaven!Bukan apa,aku nyaris kempunan makan ikan keli kat bazar Ramadan masa 2010 sebab masa tu puasa di Sarawak.Peluang ni digunakan sebaiknya.hihi



September & Oktober 2011 :
Hari Raya Aidilfitri.Aku dah tukar status jadi mahasiswi UNIMAS,dalam program Bioteknologi Sumber.Susah sangat nak adapt dengan situasi baru ni.Sampai aku selalu call family yang jauh di Perlis tu haa.Rasa rindu sangat dengan Asasi sampai semua benda nak compare dengan Asasi.Tapi kan,orientasi Biotech sangat best!Sampai la ni,ukhuwah denga group Fantastic Genetic masih kukuh,termasuklah dengan fasilitator yang lawak gilaa,Ng Kok Hua. Masa nak exam,dia text semua orang wish good luck.sweet kan?
Aku masih ikut usrah,Alhamdulillah.Banyak ilmu aku dapat.Hati manusia ni senang sangat berbolak-balik,penting ouh untuk ada orang yg bimbing kita,bagi nasihat ke arah kebaikan.

November 2011 :
Terbang balik ke Tanah Melayu untuk sambut Hari Raya Aidiladha.Walaupun seminggu,cukup untuk buat aku rasa tenang,bersemangat balik untuk study!Jumpa kawan2 buat aku rasa macam ada orang masih sayang aku.Sebab aku yang paling jauh antara kami semua.pathetic kan?sobsss.*tarik hinguih*

Disember 2011 :
Berkuliah macam biasa.Projek Keusahawanan,kami kena buka bazar.Meniaga weh meniaga!Best,sebab pengalaman baru.Kesian kawan2 Asasi,kena paksa beli makanan yang kami jual.haha!25 Disember dah mula study week dan hari ni,31 Disember,aku type post ni akibat dah muak baca nota.Baba called pukul 2 petang,bagitahu yang pukul 11 pagi tadi,Toksu Idrus dah pergi mengadap Yang Maha Mencipta.Maaf toksu,Nani tak sempat tengok toksu untuk kali terakhir.Mampu doa dari jauh saja.Al-Fatihah.

Azam tahun baru?Takdak yang spesifik pun.Cuma aku harap aku dapat berubah,jadi lebih baik.InsyaAllah.Doakan aku ya?Untuk mahasiswa/mahasiswi,all the best for your upcoming final exams,No matter which field you are in.Usaha,doa,tawakkal.3 benda yang paling penting untuk capai kejayaan.Allah s.w.t tak pernah tak makbulkan doa kita,sama ada lambat atau cepat saja.Tak pun,Dia dah ada rancangan yang lebih cool lagi awesome untuk kita.Kejayaan pun ujian untuk kita sebenarnya.Bersyukur kah kita?Ataupun kita hanya ingat Dia bila kita susah dan gagal?Hmm.This is something to think about guys.

Sekian,As-Salam. :)

Friday, December 2, 2011

Bila Si Gadis Ditakluk Emosi




Assalamualaikum!

*sila baca dengan gaya skema,seperti mama aku a.k.a Pemeriksa Kertas SPM Bahasa Melayu*kofkofkof!

Muasir ini,semakin ramai orang yang meluahkan rasa bengang,geram,marah,caci,maki dan sebagainya di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.Aku adalah antara orang yang tidak terkecuali daripada melakukan perkara sedemikian.Tatkala pelajar Tingkatan 5 sedang bersuka ria setelah selesai menduduki Peperiksaan SPM,pelajar universiti dihujani dengan tugasan yang tersangatlah banyaknya,bahkan tarikh untuk menyerahkan tugasan-tugasan tersebut tidak jauh beza harinya.

Bagi si gadis,tekanan yang dialami akan bertambah dengan kehadiran simptom Pra-Menstruasi.Perubahan emosi yang kerap turun-naik menyebabkan diri mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya.Hal ini merupakan luar dari kawalan si gadis.Keadaan ini memberi impak kepada orang sekeliling dan suasana persekitaran si gadis.

Baiklah,ini situasi :

Anda perlu menyerahkan 4,5 tugasan pada hari yang sama,sedangkan anda harus menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi kursus teras,yang sangat memerlukan konsentrasi,juga pada hari yang sama.Talian wi-fi yang lebih perlahan dari pergerakan siput,ditambah pula dengan komputer riba yang sedang menunggu masa untuk 'mati'.Apakah yang akan anda lakukan?

a) Menyiapkan tugasan dengan segera
b) Mengulangkaji terlebih dahulu sebelum mula menyiapkan tugasan
c) Melakukan 2 tugas serentak *ini seperti mustahil*
d) tidak melakukan apa-apa dan terus melayari internet*ini menjadi pilihan ramai*

Rasionalnya,setiap apa yang terjadi kepada kita merupakan perkara biasa atau normal bagi seorang pelajar.Allah s.w.t tidak akan menguji hamba-Nya di luar batas kemampuan hamba-Nya.Ujian itu,sebagai tanda bahawa Allah s.w.t sangat sayang dan memberikan perhatian-Nya kepada hamba yang kerdil seperti kita ini.

Fakta : Manusia hanya menggunakan 3% daripada otaknya sepanjang hidup.Albert Einstein,sang genius pun hanya menggunakan sebanyak 5% daripada otaknya untuk berfikir.





Kepada manusia-manusia yang sedang mengalami tekanan di luar sana,

:) Solat.Doa.
:) Senyum selalu!
:) Cari teman yang sudi menghulurkan telinga,bahu,dan tangan kepada anda.
:) Baca Al-Quran,ini penawar paling hebat.
:) Bersenam,buat kerja rumah seperti mengemop lantai,menyapu sampah,dsb.


Sekian,As-Salam. :)

p/s : Mama mesti bising kalau baca ni.Bahasa Melayu aku dah teruk.wuwu.Saja aku guna bahasa baku dan skema.Sebab esok exam Asas Pembudayaan Keusahawanan wehhh!kena mengarang. -.- btw,doakan aku agar semua urusan dipermudahkan.okay?Syukran!