Wednesday, August 31, 2011

dua dalam satu,



Hello hai Assalamualaikum!


-credit to Google-

Hari ni,31 Ogos 2011. Malaysia merdeka untuk tahun ke - 54 & 2 Syawal.
err..tadi masa dalam toilet bleh pulak idea mencurah-curah ke ladang gandum.Bila mengadap laptop ni,lupa segala benda.

How was my first day celebrating raya?I'll say it's okay.Paling best mesti lah makanan kan?heaven baq hang!Budak-budak saja yang beria-ia kumpul duit raya,aku dah tak excited sangat dah,tapi kalau dapat duit raya tu,memang senyum sampai telinga lah.

Semoga puasa kita diterima Allah,harap harap kita istiqamah dalam buat amal ibadat lepas ni.Orang kata kalau kita dah terbiasa buat sesuatu benda untuk jangka masa yang lama,which is like a month,it will become a habit.Contoh,kalau kita sebut ba**,k***ak,dan sebagainya setiap hari,of course lah mulut ni akan otomatik sebut perkataan-perkataan tu.Sama ada secara voluntary,kadang-kadang involuntarily.Betul kan cakap aku? Sebab tu kat rumah aku ni memang kena cabai mulut la kalau mencarut,kata bodoh pun kena cubit pipi ni ha.


-Gambar takda kaitan,muka penat basuh pinggan.hihi-

Tapi biasalah,kita ni manusia.Aku pun selalu jugak nak tersebut kat adik- adik ,tapi selalu jadi macam ni "Baaa...rrrrtuah punya budak.."Tau sebab apa?mak ayah aku dah mula jeling kat aku.muahaha!

I hope that we will be able to find next Ramadan,InsyaAllah.
Mesti ada yang ingat aku ni cakap macam innocent,bajet ustazah ke apa.Tak perlu nak tunggu jadi ustazah untuk cakap benda basic macam ni weh.
Oh ya,selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke-54!Bersyukur sangat sebab jadi anak Malaysia.Peace yaw!

Sekian,As-Salam. :)

p/s Sorry,bahasa rojak.Tapi aku tau hampa faham apa yang aku nak sampaikan,kan?

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #2


Monday, August 15, 2011

zaman hitam putih,

Assalamualaikum!


Gambar bangunan lama ni aku ambik kat..aa..apa ntah namanya.tapi orang panggil tempat tu Pekan Cina,dekat Alor Star.Kalau lalu sini,semua bangunan berusia lebih dari 150 tahun.Oldschool gila.Tapi masih kukuh.Aku tak ingat bila kali terakhir aku sampai sini sejak aku study di Sarawak.Ini pun sebab nak tempah baju Melayu baba & hero-hero aku yang tiga orang tu kat sorang tailor berbangsa Cina di pekan ni.

Zaman dulu-dulu.Masa lampau.The past.Kadang-kadang kita masih hidup di masa lampau.Maksud aku,hidup dengan kenangan lama.Yang indah memang best la kan untuk dikenang.Tapi yang perit,yang pahit,yang menyakitkan hati?Perlu ka kita ingat?

Ada kawan cakap,"Whatever it is,life must go on."
Ada pulak yang cakap,"Tapi kena ingat yang kita jadi kita hari ni sebab apa yang kita lalui dulu."

Yang pasti,semua orang akan membesar,ada kenangan masing-masing.Ada golden dreams masing-masing.Tapi golden dream yang sebenar bagi aku,aku nak eternal happiness,here and hereafter InsyaAllah.*yang ni dipetik dari Hlovate.hihi.Aku nak bahagia di dunia.Tapi mencari bahagia di akhirat yang patut diutamakan.

p/s : dah separuh perjalanan kita puasa.Macam mana dengan iman dan amal?kalau masih di tahap yang lama,tak terlambat lagi untuk berubah.

Sekian,As-Salam.(:

Sunday, August 14, 2011

#GA Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim




Assalamualaikum!

Setelah ditagged oleh si kurus Ciktiqz,ditambah dengan kebosanan melamapu,maka aku pun sahut cabaran ni!First time melawat blog Cik Fairus Ibrahim ni.

Semakin umur meningkat,selalunya semakin sikit duit raya yang kita dapat.Tapi aku tak,sebab aku ada modal saya-belajaq-di-overthesea-nuhh didarab dengan status sebagai anak sulung di gandakan pula dengan gelaran cucu sulung keluarga sebelah mama..hihi..

Ha!memori masa zaman sekolah menengah dulu,aku dengan kawan aku,Adilah Azizan,a dentist-to-be share duit beli kad raya banyak-banyak.Lepas tu tulis dan tandatangan.Dah selesai semua,bagi kat BFF yang lain.Masa tu,kami bersembilan.sweet dak?hihi.Design kad tu sebijik macam rupa wang kertas RM10,RM5,RM2 & RM1.

Okay,dah habis mengarut.

Kepada blogger di bawah,I dare you!hehe

1.Oney Zulkhairi(kononnya tengah busy jadi surirumah..hehe)
2.NIA Ridzwan (walaupun si Irfan dah tag,aku nak tag hang jugak!)
3.Atiqa Hakimi (aku tau hang bosan,kalau rajin buat la na..hihi)

Oh ya,kalau nak lawat blog penganjur & nak tau cara join GiveAway ni,klik kat nama Cik Fairus kat atas tu ye.

Sekian,As-Salam.(:

Monday, August 8, 2011

teman sejiwa



Assalamualaikum!

Orang ada sambut Friendship Day.Bagi aku,hari-hari Friendship Day.



Sekumpulan manusia ini adalah antara teman sejiwa yang ada dengan aku sepanjang aku membesar,kenal dunia.
Yang faham aku,tak perlu aku cakap.Dah mula ada yang bersuara,"Nan mood tak baik hari ni." kalau aku tak macam biasa.Jarang aku bercerita,aku banyak mendengar.Walaupun aku diam,aku sebenaqnya risaukan hampa.Because I'm a person with a few words.
You guys changed me to who I am today.Walaupaun kita dah jauh,ada haluan masing-masing,aku akan ingat kita sampai bila-bila.Yang tak ada dalam gambar,jangan risau.Aku ingat semua kawan-kawan aku.Cuma mereka- mereka ini paling atas,paling istimewa.

Saranghae fillah kawan-kawan!:)

Friday, August 5, 2011

dugaan

Assalamualaikum!

Harini dah hari ke 5 puasa.Masa puasa macam ni memang terliuq lah kalau tengok rancangan masak memasak kat tv,tak pun godek-godek gambaq makanan kat tumblr.Padan muka hang,buat lagi macam tu.

Dugaan yang paling hebat puasa tahun ni masa mama aku sakit.2,3 hari jugak la.Satu rumah kelam kabut,sebab mama aku ni supermama.Semua dia handle.Eh,aku tolong jugak okay!Tolong sikit ja la tapi..hihi.Alhamdulillah,mama dah okay.

Mai pulak dugaan lagi satu,yang ni berterusan aku rasa.
Akmal selalu ajak aku makan sekali masa aku siapkan breakfast & lunch untuk dia.Ada ka patut,dia pi layoq nasik goreng,roti gardenia,milo ais dan yang sewaktu dengannya kat depan muka aku ni.fuhh!berpeluh jugak la nak explain kat dia yang aku ni puasa.

Sabaq Nan sabaq.

Bulan puasa ni semua kena lebih.Diulang,LEBIH.Bukan masa bulan puasa saja nak kena buat semua ni.Kalau boleh istiqamah la.sabar lebih,beribadat lebih,berdoa pun lebih.Bukan makan lebih,berbelanja lebih yaa kawan-kawan.Okay,rasa macam diri sendiri kena hempap dengan tiang gol.Yang pasti,niat kena betul.Lillahita'ala.Bukan sebab ikut apa yang orang lain buat,tak pun nak show off konon-kononnya kita ni rajin beno kejar pahala.



So let's grab the chance everybody!Ramadan ni hadiah yang Allah s.w.t bagi khas untuk kita.Semoga kita berjaya manfaatkan bulan Ramadan kali ini.Mana tau,ni bulan Ramadan terakhir kita.ye dok?Sebab mati itu pasti.

Sekian,As-Salam.. :)