Tuesday, July 19, 2011

Masa depan,

Assalamualaikum!

hmm..dah tau keputusan UPU.Aku yang tak isi UPU ni,dah tau course aku untuk degree nanti.Bioteknologi Sumber.Rasa macam..entah..tak happy,tak sedih.Sebab cita cita aku nak jadi pharmacist dah lama terkubur sejak aku jejak kaki di Unimas untuk asasi.But still,Alhamdulillah.I know,He knows best.

Ada geng dah untuk program ijazah nanti,so bersemangat la sikit.Tak macam masa asasi,aku ni macam loner mula-mula sampai sana.I know nobody. Aku berpeluang untuk berubah,jadi orang yang lebih baik.Lebih kurang macam permulaan yang baru lah.



Kat atas ni,sekumpulan manusia awesome yang paling awal aku kenal,group mates aku.Muka suci ja masing-masing.haha!Pasti.Mesti akan rindu semua budak-budak asasi Unimas ni haa..Boleh kata aku akan cam depa semua kalau aku tengok muka.

Semoga sukses yaa kawan-kawan..tak kira lah matriks,asasi,semualah..

Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang.Kan?

Sekian,As-Salam.(:

Wednesday, July 13, 2011

What's with the NS thing?

Assalamualaikum!

National Service.Program Latihan Khidmat Negara.News feed di facebook dipenuhi dengan sembang sembang pasal PLKN.Ramai yang bersyukur gilaaa tak dapat PLKN,siap sujud syukur lagi haa..Yang terpilih,mesti ikhtiar segala macam cara untuk lari,sebab dengaq kata PLKN macam penjara.
Or even worst,like hell!

Aku dulu pun antara yang tepuk dahi bila tau aku terpilih.Tapi aku ada kawan-kawan yang supportive.Sanggup visit aku di kem hari Ahad.Paling supportive,semestinya boyfriend.ops!ex boyfriend sebenaqnya.haha!Dugaan jugakla bila phone kena tarik,weekends saja boleh guna.Tapi bergantung kepada mood Kem Komandan hampa lah..

FAKTA!PLKN bukan penderaan ye adik adik.Kalau ada langgar peraturan,baru kena denda.Denda untuk kebaikan,iaitu menguruskan badan.hihi.Aku salah sorang ahli Company Bravo,PLKN Guar Chenderai Sesi 7/2010.



Semua ada pro dan kontra.

Yang kontra :

1)Hampa penat berkawad setengah mati kat kem,kawan hampa dok senang lenang bersantai di rumah,boleh hang out ramai-ramai.tak aci!hmmphh!

2)Hampa akan mengalami homesick.Tambah tambah kalau hampa macam aku ni,tak pernah duduk hostel.Jangan risau,lepas sebulan hampa kompem akan biasakan diri dengan kem tu.

3)Bagi orang yang tak biasa dengan aktiviti lasak,memang payah jugak lah nak ikut rutin harian kem.Penat baq hang!Lepas roll call,terus pengsan atas katil sampai subuh.

4)Dah takda katil yang selesa,bantal yang empuk lagi comfy nak teman hampa tidoq.Tidoq pun tak cukup,pukul 5 pagi dah kena bangun.Selalunya budak lelaki lah kan bermasalah sikit nak bangun pagi.Suka stay up,dah tu bangun pulak matahari dah tegak kat atas kepala.


Pro nya :

1)Kawan baru yang ramai!Susah senang tanggug sama-sama beb.Masa graduate,kompem nangis sebab nak berpisah dengan kawan-kawan.

2)Membina keyakinan diri.PLKN ada Modul Pembinaan Karakter,a.k.a. Character Building.
Kelas yang paling best lah bagi aku!Seriously,kelas ni banyak bantu aku masa asasi & universiti.

3)Aktiviti lasak yang dahsyat lagi awesome!Bila lagi nak join aktiviti tali tinggi,berakit,belajar seni mempertahankan diri,kembara halangan,pegang M16,masuk hutan buat orienteering kan?

4)You'll be a much better person to yourself,your religion,your family and your country.InsyaAllah.Trust me!

Hampa yang terpilih sepatutnya fikir positif.Tak daftar lagi kem tu,jadi jangan assume benda-benda yang negatif.Walaupun ada senior hampa yang cerita macam - macam.
Itu pengalaman depa,bukan pengalaman hampa.Kan?

"The world needs more positive people!" - Matluthfi

Sekian,As-Salam.(:

p/s :mintak maap le..bahasa rojak sikit.hihi

Sunday, July 10, 2011

Keliru

Assalamualaikum !

Di sebuah kedai mamak,seorang ayah duduk bersama-sama anaknya.
Ada beberapa orang tua sedang berbicara.

Orang tua A : Kerajaan sendiri tak bersih,jangan dok halang la orang nak tuntut perubahan.Orang la(sekarang) ni dah cerdik,bukan pak turut.

Orang tua B : Sang kuning tu ada kepentingan sendiri sebenaqnya,bukan nak tolong rakyat sangat pun.Hang jangan la cepat percaya.Sengaja nak buat kacau saja.

Anak : Ayah,mana satu yang betul?

Si ayah diam.speechless.

Okay.itu cerita semalam,9Julai 2011.

Can you see that?Anda anda semua hanya mengelirukan minda orang muda,yang baru nak kenal dunia.Tolonglah,kami hanya mahu keamanan.

p/s : Doakan kesejahteraan bersama..Peace yaw!

Sekian,As-Salam.:)

Penamat,

Assalamualaikum!





Sepuluh tahun,maksudnya separuh hidup aku terisi dengan adanya Harry Potter & the gang.Dulu teringin gilaa kot nak masuk Hogwarts.

"Ingardium laviossa!"


Cepatlah 14 Julai 2011!

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #1

Tuesday, July 5, 2011

Nan the nanny

Assalamualaikum!

Sejak cuti habis asasi,aku start kerja jadi surirumah,merangkap babysitter adik bongsu aku.
Muhd.Akmal Ezany, a 3y/o boy.Hampa boleh bayang dak macam mana hypernya budak yang tengah nak membesaq ni?Tak cukup nafas pun ada sebab ligan dia.Sat keluaq rumah tengok lembu,sat ajak naik atas tengok tv.Terima kasih la adik oii..bagi tetah(kakak)hang ni turun 2 kilo.

PERISTIWA 1

Pagi tadi aku suruh dia pegang dada,rasa degup jantung.

Akmal : Tetahhh...ada bom dalam badan kemall!

Habis cuak muka dia,tulaa..banyak sangat tengok tv.

Aku : Tu jantung la adik..JAN-TUNG.Kalau jantung berdegup,kiranya kita hidup lagi la..

PERISTIWA 2:

4.00 petang-adik aku yang darjah 4,si Muhd.Afnan Nazmy tidoq mati kat atas sofa,penat sangat kot.Akmal panjat atas dada dia,cuba kejut si Afnan tu.

Akmal :Abang tehhhh..bangunlaaaaaa..Ehh..Tetahhhhhhh!

Cara dia jerit tu satu kampung boleh dengaq kot,tapi Afnan tu tak bergerak sikit pun.Tiba-tiba dia stop jerit.
Aku pun kalut la pi tengok dia.

Nan : Awat adik jerit?

Akmal : Tetah5!Bangteh mati tadi..Tapi Kemal rasa jantung dia dah,dia hidup balik dah.*cakap dengan muka tak bersalah*

Bongek betol la adik aku yang sorang ni..-.-"

Sekian,As-Salam.(:

Saturday, July 2, 2011

Perjalanan,



Assalamualaikum.

Nak sampai satu destinasi,kena experience perjalanan,journey bak kata orang putih.
Sepanjang perjalanan,mesti buat pilihan.Kiri ke kanan,terus ke kona(belok)?
Hidup ni perjalanan.Jauh macam mana pun kita berjalan,akhirnya kita akan balik kepada Dia,Yang Maha Besar.Kan?

Jangan risau,kalau hang tak cantik tak kaya di dunia,insyaAllah di 'sana' nanti hang akan dapat apa yang hang nak.Dengan syarat,Ittaqullah!
Hati pun mau bersih jugak weh.
Tapi ya la kan,kita manusia.Bila dah ada masalah,baru nak ingat Allah.Bila bahagia,melompat guling-guling siap menari lagi.Jarang sekali nak cakap Alhamdulillah.Aku pun tergolong dalam golongan ni.
haha!Rasa macam kena penampaq dak?Kalau ya,bersyukurlah sebab Allah masih tak merajuk dengan hang,masih buka pintu hati hang.
Kalau tak rasa apa-apa,something is wrong then.Allah Maha Pengampun.(:

Eh gaya aku pos ni macam perasan good-good pulak kan?hehs.
Come on,semua orang ada peluang untuk berubah.Either you take it or just leave it.
Realitinya,aku dah buat banyak silap.Tengah cuba untuk jadi lebih baik.
Percaya dak,aku rasa macam nak berubah sejak baca novel-novel Hlovete?Semua buku aku dah khatam.Yang terbaru,Contengan Jalanan.Allah akan sentuh hati kita dengan cara yang kita sendiri tak boleh jangka.Kalau Dia nak.


Pray for me,pray for us.

Sekian.As-Salam.(: