Thursday, June 30, 2011

Pengalaman,

Assalamualaikum!

Lama jugak la aku ni jadi stalker tak bertauliah.
Macam-macam jenis blog dah aku jumpa walaupun aku takdak blog sebelum ni.
Okay let's move on to the topic everybody!
Perkara yang aku suka :

1)
Bila buka blog orang tu,tiba-tiba muncul lagu kegemaran aku.
fuh!menaikkan keazaman dan semangat nak stalk blog tu.
Kalau aku tak pernah dengaq lagi lagu tu,dengan sepantas kilat aku tanya pakcik google.Aku prefer apa saja lagu,asalkan sedap jadi halwa telinga.
TAPI
Kalau page anda dah diserabutkan dengan pelbagai gadget-gadjet yang terkini lagi canggih,takdak lagu pun takpa.
Memang masa aku untuk tunggu loading page blog hang lama-lama pun kann..-.-"
Maka,aku pun segera angkat kaki bergerak ke blog lain..
Being modest is the best yaa kawan-kawan.

2)
Background layout yang alahai..comelnyaaa..
Selalunya blogger perempuan la kan yang rajin mencomelkan blog depa.
Blogger lelaki kebanyakannya simple,but neat..aku sukaa!
Layout cantik,dipadankan dengan gadget-gadget yang bersesuaian,memang mampu tangkap mata aku untuk stalk blog tu..
Habis post-post lama aku godek.muahaha!
TAPI
Ada ja blog yang tak colourful pun.putih suci,hitam menawan jaa colour yang ada.
Selalunya blogger macam ni bukan malas,tapi depa unik bagi aku.
Buat apa nak serabutkan blog kan?Bikin orang pening saja..
Mungkin itu pandangan depa..hihi

3)
Writing style.Gaya penulisan.
Tak perlu gadget,tak perlu lagu.Tulisan saja pun dah cukup kuat.
Aku tabik spring lah kat blogger yang tak jemu-jemu update blog,ada saja benda menarik macam unsur keislaman,isu semasa,unsur sarkastik nak perli orang.
Walaupun kadang-kadang ada maki hamun,carut marut mengarut segala,tapi tu hak depa..nama pun blog depa kan?
Aku hanya mampu senyum gelak geleng kepala saja la bila baca.
Ada sesetengah blogger yang dah jadi penulis,publish buku.memang hevat gila lah!
TAPI
ada jugak blogger yang kurang menulis,tapi letak gambaq yang cantik,kena dengan mood atau perasaan atau situasi depa masa tu.nice!
Yang paling aku tak tahan kalau letak gambaq makanan..Fuh!terliuq baq hang.

Ituudiaa hasil pemerhatian aku selama beberapa tahun jadi stalker.
Memang fitrah manusia,suka memerhati dan mengkritik tapi kurang mampu terima kritikan.
Padahal diri sendiri taklah sempurna sangat pun.Kan?
Ayuh!muhasabah diri masing-masing.

Sekian,As-Salam. (:

Wednesday, June 29, 2011

Cubaan pertama,

Assalamualaikum!

yeayy!akhirnya aku dah create blog..*clapclap*
okay,itu noob..-.-"
bukan apa,selama ni malas nak ada blog.
aku lebih suka baca a.k.a stalk blog orang lain.
bagi aku mereka mereka ini ada
bakat menulis yang fuuhhhh awhhsemm gilaaa..

Nan tak normal?eh aku tak normal ka?
Yes aku tak normal,aku luar biasa!muahaha!
Tak normal bukan bermaksud gila yaa kawan - kawan..
Contoh,nampak orang korek hidung depan public.
Nampak tak sopan kan bagi orang normal?
cubalah husnuzhon(bersangka baik) sikit..
Mungkin orang tu tak dan nak korek hidung masa dia dalam toilet kot.haha!
Semua orang ada sisi yang tak normallah.
I mean,everybody have their own skeletons in the closets.

Okay,nanti aku taip lagi.Susah jadi suri rumah ni..

cheerio! As-Salam..:)

Eh,cuti?

Assalamualaikum.

29 Jun 2011,27 Rejab.Ya,cuti umum bagi negeri Perlis & beberapa negeri yang lain.

Muhasabah diri balik,betoi ka kita tau tujuan cuti ini?
Kalau tau ada peristiwa penting bagi umat Islam,maka syukur alhamdulillah.
Tapi malang,kini situasinya begini :

anak : Bapak,esok chek tak sekolah..cuti.yeayy!*sorakgembira
Bapak : ish..biaq betoi..nak tuang sekolah ka apa?awat esok cuti?
anak : Israk Mikraj la bapak..Esok chek nak mangkit tidoq lewat la..
Bapak : ha,senang sikit kerja aku.tak payah hantaq hang.Nasib baik cuti.

Sedih kan?tak boleh salahkan si anak yang naif,bukan juga salah ayah yang kurang peka.

Secara ringkasnya,peristiwa besar & bermakna bagi Rasulullah s.a.w,
bagi kesan jugak kat kita.
Israk,perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa
Mikraj,perjalanan R.asulullah untuk bertemu dengan Allah s.w.t.
Perjalanan satu malam saja.
Nahhh...Hebat tak hebat kuasa Allah s.w.t?
Kalau dulu mungkin takdak roket,jet or etc
tapi Allah Yang Maha Mencipta,apa apa pun boleh jadi.
Subhanallah!

"Dan barangsiapa yang ditunjuki Allah, dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang Dia sesatkan maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, Kami tambah bagi mereka nyalanya.

Surah Al-Israa',Ayat 97

Selamat bercuti adik2!
Aku yang memang dah cuti ni tak rasa efek apa pun..haha!
Kalau rajin,puasa sunat yee..

As-Salam..(: