Saturday, December 31, 2011

Recap of 2011

Assalamualaikum!

Post kali ni paling panjang dalam sejarah blog aku.Jadi,sila bertahan ye.hehe.Yess.hari ni,31 Disember 2011.Hari terkhir untuk tahun 2011.Final exam untuk semester pertama aku,tahun depan.Lambat lagi kan?Tahun depan tu esok lahh!Okay,post kali ni nak recap balik apa yang jadi sepanjang 2011.Muhasabah bak kata orang.

Januari 2011 :
Aku di Sarawak,tengah berkuliah untuk semester 2 Asasi / Pra-Universiti UNIMAS.

Februari 2011:
Birthday pertama di perantauan.Hari lahir aku jatuh pada hari Sabtu,kebetulan ada trip jungle trekking ke Kubah National Park.Awal pagi masa kat bilik mandi,ramai yang dah bangun,sebab depa pun join trip tu.Dapat banyak wish secara face to face.Terharu sangatt.Bukan apa,personal wish macam tu lagi terkesan di hati.And and and dapat kasut hijau yeay!

Mac & April 2011 :
Dah hampir dengan final exam.Tapi makin banyak assignment yang berat.Untuk English,kena aturkan exhibition.Bagi aku,sweet memory lah bila dikenang balik.Segala usaha yang dah dibuat berbaloi-baloi!

Mei 2011 :
Aku terbang balik Tanah Melayu,a.k.a Semenanjuung untuk habiskan masa menternak lemak badan!Tapi rasa seronok tu tak lama.Aku hilang Tok ayah,ayah kepada mama,21 Mei 2011 sebab strok,leading to body system failure.Aku berpeluang jaga tok ayah dari malam sampai pagi untuk seminggu.Tok ayah,Nani rindu.Al-Fatihah.

Jun,Julai, Ogos 2011 :
Aku jadi surirumah sepenuh masa,merangkap babysitter si Akmal.Masa bosan macam ni lah aku terbuat blog.hahaha!Banyak jugak post pasal Akmal ni,ce godek kat aku punya arkib.Puasa di rumah sangat heaven!Bukan apa,aku nyaris kempunan makan ikan keli kat bazar Ramadan masa 2010 sebab masa tu puasa di Sarawak.Peluang ni digunakan sebaiknya.hihi



September & Oktober 2011 :
Hari Raya Aidilfitri.Aku dah tukar status jadi mahasiswi UNIMAS,dalam program Bioteknologi Sumber.Susah sangat nak adapt dengan situasi baru ni.Sampai aku selalu call family yang jauh di Perlis tu haa.Rasa rindu sangat dengan Asasi sampai semua benda nak compare dengan Asasi.Tapi kan,orientasi Biotech sangat best!Sampai la ni,ukhuwah denga group Fantastic Genetic masih kukuh,termasuklah dengan fasilitator yang lawak gilaa,Ng Kok Hua. Masa nak exam,dia text semua orang wish good luck.sweet kan?
Aku masih ikut usrah,Alhamdulillah.Banyak ilmu aku dapat.Hati manusia ni senang sangat berbolak-balik,penting ouh untuk ada orang yg bimbing kita,bagi nasihat ke arah kebaikan.

November 2011 :
Terbang balik ke Tanah Melayu untuk sambut Hari Raya Aidiladha.Walaupun seminggu,cukup untuk buat aku rasa tenang,bersemangat balik untuk study!Jumpa kawan2 buat aku rasa macam ada orang masih sayang aku.Sebab aku yang paling jauh antara kami semua.pathetic kan?sobsss.*tarik hinguih*

Disember 2011 :
Berkuliah macam biasa.Projek Keusahawanan,kami kena buka bazar.Meniaga weh meniaga!Best,sebab pengalaman baru.Kesian kawan2 Asasi,kena paksa beli makanan yang kami jual.haha!25 Disember dah mula study week dan hari ni,31 Disember,aku type post ni akibat dah muak baca nota.Baba called pukul 2 petang,bagitahu yang pukul 11 pagi tadi,Toksu Idrus dah pergi mengadap Yang Maha Mencipta.Maaf toksu,Nani tak sempat tengok toksu untuk kali terakhir.Mampu doa dari jauh saja.Al-Fatihah.

Azam tahun baru?Takdak yang spesifik pun.Cuma aku harap aku dapat berubah,jadi lebih baik.InsyaAllah.Doakan aku ya?Untuk mahasiswa/mahasiswi,all the best for your upcoming final exams,No matter which field you are in.Usaha,doa,tawakkal.3 benda yang paling penting untuk capai kejayaan.Allah s.w.t tak pernah tak makbulkan doa kita,sama ada lambat atau cepat saja.Tak pun,Dia dah ada rancangan yang lebih cool lagi awesome untuk kita.Kejayaan pun ujian untuk kita sebenarnya.Bersyukur kah kita?Ataupun kita hanya ingat Dia bila kita susah dan gagal?Hmm.This is something to think about guys.

Sekian,As-Salam. :)

Friday, December 2, 2011

Bila Si Gadis Ditakluk Emosi




Assalamualaikum!

*sila baca dengan gaya skema,seperti mama aku a.k.a Pemeriksa Kertas SPM Bahasa Melayu*kofkofkof!

Muasir ini,semakin ramai orang yang meluahkan rasa bengang,geram,marah,caci,maki dan sebagainya di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.Aku adalah antara orang yang tidak terkecuali daripada melakukan perkara sedemikian.Tatkala pelajar Tingkatan 5 sedang bersuka ria setelah selesai menduduki Peperiksaan SPM,pelajar universiti dihujani dengan tugasan yang tersangatlah banyaknya,bahkan tarikh untuk menyerahkan tugasan-tugasan tersebut tidak jauh beza harinya.

Bagi si gadis,tekanan yang dialami akan bertambah dengan kehadiran simptom Pra-Menstruasi.Perubahan emosi yang kerap turun-naik menyebabkan diri mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya.Hal ini merupakan luar dari kawalan si gadis.Keadaan ini memberi impak kepada orang sekeliling dan suasana persekitaran si gadis.

Baiklah,ini situasi :

Anda perlu menyerahkan 4,5 tugasan pada hari yang sama,sedangkan anda harus menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi kursus teras,yang sangat memerlukan konsentrasi,juga pada hari yang sama.Talian wi-fi yang lebih perlahan dari pergerakan siput,ditambah pula dengan komputer riba yang sedang menunggu masa untuk 'mati'.Apakah yang akan anda lakukan?

a) Menyiapkan tugasan dengan segera
b) Mengulangkaji terlebih dahulu sebelum mula menyiapkan tugasan
c) Melakukan 2 tugas serentak *ini seperti mustahil*
d) tidak melakukan apa-apa dan terus melayari internet*ini menjadi pilihan ramai*

Rasionalnya,setiap apa yang terjadi kepada kita merupakan perkara biasa atau normal bagi seorang pelajar.Allah s.w.t tidak akan menguji hamba-Nya di luar batas kemampuan hamba-Nya.Ujian itu,sebagai tanda bahawa Allah s.w.t sangat sayang dan memberikan perhatian-Nya kepada hamba yang kerdil seperti kita ini.

Fakta : Manusia hanya menggunakan 3% daripada otaknya sepanjang hidup.Albert Einstein,sang genius pun hanya menggunakan sebanyak 5% daripada otaknya untuk berfikir.





Kepada manusia-manusia yang sedang mengalami tekanan di luar sana,

:) Solat.Doa.
:) Senyum selalu!
:) Cari teman yang sudi menghulurkan telinga,bahu,dan tangan kepada anda.
:) Baca Al-Quran,ini penawar paling hebat.
:) Bersenam,buat kerja rumah seperti mengemop lantai,menyapu sampah,dsb.


Sekian,As-Salam. :)

p/s : Mama mesti bising kalau baca ni.Bahasa Melayu aku dah teruk.wuwu.Saja aku guna bahasa baku dan skema.Sebab esok exam Asas Pembudayaan Keusahawanan wehhh!kena mengarang. -.- btw,doakan aku agar semua urusan dipermudahkan.okay?Syukran!

Tuesday, November 8, 2011

Revive!

Assalamualaikum!

Dah lama terabai blog ni.Aku pun dah lama tak stalk blog orang.Disebabkan line wifi kat kolej yang macam siput,semangat nak jadi stalker/blogger pun dah hilang.Oh ya,aku ada di Perlis la ni.Alhamdulillah,ada rezeki nak jumpa family,kawan-kawan.Seriously,it feels so good to be home.Just in time.Bila aku tengah kalut kusut struggle dengan study,assignments,exam yang banyak lepas cuti midsem ni,aku balik rumah.Jumpa dengan mata,telinga,penghulur tangan & pemberi semangat yang tegar.

Peluang sambut Eidul Adha di rumah kali ni dimanfaatkan dengan sepenuhnya.Terutamanya dalam bab makanan.muahaha!Tapi aku tak lupa kat kawan-kawan di Unimas yang tak balik Semenanjung Tanah Melayu.Takpa,nanti aku bawak balik untuk hampa merasa naa.Hampa terbaeek!Sebab tabah beraya di perantauan.hihi.Lepas ni aku janji,takkan mengeluh dah.Nak study betul-betul.Nak jaga pemakanan.Nak dean list!Doakan aku yaa.Rasa macam minum 100 Plus,tak pun Revive.Faham tak?rasa macam baru boleh bernafas.Terima kasih Ya Allah.

Firman ALLAH S.W.T: "DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."
– Surah al-Mulk: 2.

Sekian,As-Salam. :)

Sunday, October 9, 2011

kali ni betul,

Assalamualaikum.

Kali ni betul,betul kali ni,aku rasa aku dah tak normal.Aku dah makin kurang sabar,cepat stress,baran semakin berleluasa.Serius,tak tahu kenapa.Orang yang tak buat salah,aku amukkan.Aku dah tak banyak cakap,kalau gelak pun macam dibuat-buat.Kadang-kadang.What's wrong with me?I don't know.Rasa macam..entah.Aku sendiri tak tahu.1 thing for sure,I think I'm loosing myself.

Dengan jauh dari family,jauh yang amat jauh.Kena rentas Laut Cina Selatan kalau nak balik rumah.Bukan homesick rasanya,sebab dah lebih setahun aku belajaq kat Sarawak ni.Cuma aku rasa,aku rindu mama bebel,baba sporting,adik-adik yang anoyying.Orang lain boleh balik rumah masa weekends,hang boleh balik rumah 2,3 kali ja setahun.Sabaq Nan sabaq.Susah dahulu,senang kemudian.Allah takdirkan aku belajar jauh-jauh sebab nak aku jadi kuat.Mana tahu nanti aku buat masters di Jepun?wehee..Berangan ja lebih.haha!

Aku sangat tak reti nak luahkan perasaan orally.Nasib baik Allah kurniakan jari-jari ni,so that aku boleh taip.Luahkan apa yang aku rasa.Aku rasa aku dah bina dinding,tak benarkan orang approach aku bila aku macam ni.Mintak maaf ya roommates,kawan di UNIMAS,semua oranglah.Aku bukan sengaja tak nak luahkan perasaan.Cuma aku tak tahu cara yang sesuai.

Dah cukup.Rasa lega untuk masa sekarang.Alhamdulillah.

Sekian,As-Salam. :)

p/s : I need something to boost myself.A picnic at the waterfall,inside the jungle maybe?

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #3

Thursday, September 15, 2011

Oh UNIMASku

Assalamualaiikum!

Lama benoooo tak post,stalk blog orang pun tak sempat.haha!
Minggu pertama kelas,kononnya lah kan.Tapi banyak kelas yang cancelled.So enjoylah lepak kat bilik di kolej ni.Satu masalah yang besaq jugak la kan bila aku yang memang terbiasa online like 24/7 ni bila wifi tak sampai ke bilik.Dan bilik aku juga bukan wilayah Celcom..-..- haishh..solusinya,I bought myself a Maxis broadband!Kali ni berdikari,bayar sendiri.hihi.Penting ouh internet.Sekarang ni semua benda kena online.course registration,notes,info,etc.

Minggu lepas,Minggu Aluan Pelajar Unimas.Macam mana?Biasa saja bagi aku.MAP asasi tetap terbaik!Rasa sedih bila kawan-kawan dah lain kolej,lain fakulti.Tambah-tambah yang dapat medic & nursing,kolej betul-betul dekat dengan Hospital Umum Sarawak kat Kuching nuh.Menitis jugak ayaq mata bila tengok depa dah nak berangkat pindah ke sana.Serius aku menangis.Semua tak akan jadi macam dulu.Tapi hidup mesti ke depan,kan?

Oh yaa.nanti,23-25 September akan ada orientasi untuk budak-budak Biotech.I'm looking forward to this!Senior biotech sempoi baq hang.

Sekian,As-Salam. :)

Wednesday, August 31, 2011

dua dalam satu,



Hello hai Assalamualaikum!


-credit to Google-

Hari ni,31 Ogos 2011. Malaysia merdeka untuk tahun ke - 54 & 2 Syawal.
err..tadi masa dalam toilet bleh pulak idea mencurah-curah ke ladang gandum.Bila mengadap laptop ni,lupa segala benda.

How was my first day celebrating raya?I'll say it's okay.Paling best mesti lah makanan kan?heaven baq hang!Budak-budak saja yang beria-ia kumpul duit raya,aku dah tak excited sangat dah,tapi kalau dapat duit raya tu,memang senyum sampai telinga lah.

Semoga puasa kita diterima Allah,harap harap kita istiqamah dalam buat amal ibadat lepas ni.Orang kata kalau kita dah terbiasa buat sesuatu benda untuk jangka masa yang lama,which is like a month,it will become a habit.Contoh,kalau kita sebut ba**,k***ak,dan sebagainya setiap hari,of course lah mulut ni akan otomatik sebut perkataan-perkataan tu.Sama ada secara voluntary,kadang-kadang involuntarily.Betul kan cakap aku? Sebab tu kat rumah aku ni memang kena cabai mulut la kalau mencarut,kata bodoh pun kena cubit pipi ni ha.


-Gambar takda kaitan,muka penat basuh pinggan.hihi-

Tapi biasalah,kita ni manusia.Aku pun selalu jugak nak tersebut kat adik- adik ,tapi selalu jadi macam ni "Baaa...rrrrtuah punya budak.."Tau sebab apa?mak ayah aku dah mula jeling kat aku.muahaha!

I hope that we will be able to find next Ramadan,InsyaAllah.
Mesti ada yang ingat aku ni cakap macam innocent,bajet ustazah ke apa.Tak perlu nak tunggu jadi ustazah untuk cakap benda basic macam ni weh.
Oh ya,selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke-54!Bersyukur sangat sebab jadi anak Malaysia.Peace yaw!

Sekian,As-Salam. :)

p/s Sorry,bahasa rojak.Tapi aku tau hampa faham apa yang aku nak sampaikan,kan?

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #2


Monday, August 15, 2011

zaman hitam putih,

Assalamualaikum!


Gambar bangunan lama ni aku ambik kat..aa..apa ntah namanya.tapi orang panggil tempat tu Pekan Cina,dekat Alor Star.Kalau lalu sini,semua bangunan berusia lebih dari 150 tahun.Oldschool gila.Tapi masih kukuh.Aku tak ingat bila kali terakhir aku sampai sini sejak aku study di Sarawak.Ini pun sebab nak tempah baju Melayu baba & hero-hero aku yang tiga orang tu kat sorang tailor berbangsa Cina di pekan ni.

Zaman dulu-dulu.Masa lampau.The past.Kadang-kadang kita masih hidup di masa lampau.Maksud aku,hidup dengan kenangan lama.Yang indah memang best la kan untuk dikenang.Tapi yang perit,yang pahit,yang menyakitkan hati?Perlu ka kita ingat?

Ada kawan cakap,"Whatever it is,life must go on."
Ada pulak yang cakap,"Tapi kena ingat yang kita jadi kita hari ni sebab apa yang kita lalui dulu."

Yang pasti,semua orang akan membesar,ada kenangan masing-masing.Ada golden dreams masing-masing.Tapi golden dream yang sebenar bagi aku,aku nak eternal happiness,here and hereafter InsyaAllah.*yang ni dipetik dari Hlovate.hihi.Aku nak bahagia di dunia.Tapi mencari bahagia di akhirat yang patut diutamakan.

p/s : dah separuh perjalanan kita puasa.Macam mana dengan iman dan amal?kalau masih di tahap yang lama,tak terlambat lagi untuk berubah.

Sekian,As-Salam.(:

Sunday, August 14, 2011

#GA Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim




Assalamualaikum!

Setelah ditagged oleh si kurus Ciktiqz,ditambah dengan kebosanan melamapu,maka aku pun sahut cabaran ni!First time melawat blog Cik Fairus Ibrahim ni.

Semakin umur meningkat,selalunya semakin sikit duit raya yang kita dapat.Tapi aku tak,sebab aku ada modal saya-belajaq-di-overthesea-nuhh didarab dengan status sebagai anak sulung di gandakan pula dengan gelaran cucu sulung keluarga sebelah mama..hihi..

Ha!memori masa zaman sekolah menengah dulu,aku dengan kawan aku,Adilah Azizan,a dentist-to-be share duit beli kad raya banyak-banyak.Lepas tu tulis dan tandatangan.Dah selesai semua,bagi kat BFF yang lain.Masa tu,kami bersembilan.sweet dak?hihi.Design kad tu sebijik macam rupa wang kertas RM10,RM5,RM2 & RM1.

Okay,dah habis mengarut.

Kepada blogger di bawah,I dare you!hehe

1.Oney Zulkhairi(kononnya tengah busy jadi surirumah..hehe)
2.NIA Ridzwan (walaupun si Irfan dah tag,aku nak tag hang jugak!)
3.Atiqa Hakimi (aku tau hang bosan,kalau rajin buat la na..hihi)

Oh ya,kalau nak lawat blog penganjur & nak tau cara join GiveAway ni,klik kat nama Cik Fairus kat atas tu ye.

Sekian,As-Salam.(:

Monday, August 8, 2011

teman sejiwa



Assalamualaikum!

Orang ada sambut Friendship Day.Bagi aku,hari-hari Friendship Day.



Sekumpulan manusia ini adalah antara teman sejiwa yang ada dengan aku sepanjang aku membesar,kenal dunia.
Yang faham aku,tak perlu aku cakap.Dah mula ada yang bersuara,"Nan mood tak baik hari ni." kalau aku tak macam biasa.Jarang aku bercerita,aku banyak mendengar.Walaupun aku diam,aku sebenaqnya risaukan hampa.Because I'm a person with a few words.
You guys changed me to who I am today.Walaupaun kita dah jauh,ada haluan masing-masing,aku akan ingat kita sampai bila-bila.Yang tak ada dalam gambar,jangan risau.Aku ingat semua kawan-kawan aku.Cuma mereka- mereka ini paling atas,paling istimewa.

Saranghae fillah kawan-kawan!:)

Friday, August 5, 2011

dugaan

Assalamualaikum!

Harini dah hari ke 5 puasa.Masa puasa macam ni memang terliuq lah kalau tengok rancangan masak memasak kat tv,tak pun godek-godek gambaq makanan kat tumblr.Padan muka hang,buat lagi macam tu.

Dugaan yang paling hebat puasa tahun ni masa mama aku sakit.2,3 hari jugak la.Satu rumah kelam kabut,sebab mama aku ni supermama.Semua dia handle.Eh,aku tolong jugak okay!Tolong sikit ja la tapi..hihi.Alhamdulillah,mama dah okay.

Mai pulak dugaan lagi satu,yang ni berterusan aku rasa.
Akmal selalu ajak aku makan sekali masa aku siapkan breakfast & lunch untuk dia.Ada ka patut,dia pi layoq nasik goreng,roti gardenia,milo ais dan yang sewaktu dengannya kat depan muka aku ni.fuhh!berpeluh jugak la nak explain kat dia yang aku ni puasa.

Sabaq Nan sabaq.

Bulan puasa ni semua kena lebih.Diulang,LEBIH.Bukan masa bulan puasa saja nak kena buat semua ni.Kalau boleh istiqamah la.sabar lebih,beribadat lebih,berdoa pun lebih.Bukan makan lebih,berbelanja lebih yaa kawan-kawan.Okay,rasa macam diri sendiri kena hempap dengan tiang gol.Yang pasti,niat kena betul.Lillahita'ala.Bukan sebab ikut apa yang orang lain buat,tak pun nak show off konon-kononnya kita ni rajin beno kejar pahala.



So let's grab the chance everybody!Ramadan ni hadiah yang Allah s.w.t bagi khas untuk kita.Semoga kita berjaya manfaatkan bulan Ramadan kali ini.Mana tau,ni bulan Ramadan terakhir kita.ye dok?Sebab mati itu pasti.

Sekian,As-Salam.. :)

Tuesday, July 19, 2011

Masa depan,

Assalamualaikum!

hmm..dah tau keputusan UPU.Aku yang tak isi UPU ni,dah tau course aku untuk degree nanti.Bioteknologi Sumber.Rasa macam..entah..tak happy,tak sedih.Sebab cita cita aku nak jadi pharmacist dah lama terkubur sejak aku jejak kaki di Unimas untuk asasi.But still,Alhamdulillah.I know,He knows best.

Ada geng dah untuk program ijazah nanti,so bersemangat la sikit.Tak macam masa asasi,aku ni macam loner mula-mula sampai sana.I know nobody. Aku berpeluang untuk berubah,jadi orang yang lebih baik.Lebih kurang macam permulaan yang baru lah.



Kat atas ni,sekumpulan manusia awesome yang paling awal aku kenal,group mates aku.Muka suci ja masing-masing.haha!Pasti.Mesti akan rindu semua budak-budak asasi Unimas ni haa..Boleh kata aku akan cam depa semua kalau aku tengok muka.

Semoga sukses yaa kawan-kawan..tak kira lah matriks,asasi,semualah..

Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang.Kan?

Sekian,As-Salam.(:

Wednesday, July 13, 2011

What's with the NS thing?

Assalamualaikum!

National Service.Program Latihan Khidmat Negara.News feed di facebook dipenuhi dengan sembang sembang pasal PLKN.Ramai yang bersyukur gilaaa tak dapat PLKN,siap sujud syukur lagi haa..Yang terpilih,mesti ikhtiar segala macam cara untuk lari,sebab dengaq kata PLKN macam penjara.
Or even worst,like hell!

Aku dulu pun antara yang tepuk dahi bila tau aku terpilih.Tapi aku ada kawan-kawan yang supportive.Sanggup visit aku di kem hari Ahad.Paling supportive,semestinya boyfriend.ops!ex boyfriend sebenaqnya.haha!Dugaan jugakla bila phone kena tarik,weekends saja boleh guna.Tapi bergantung kepada mood Kem Komandan hampa lah..

FAKTA!PLKN bukan penderaan ye adik adik.Kalau ada langgar peraturan,baru kena denda.Denda untuk kebaikan,iaitu menguruskan badan.hihi.Aku salah sorang ahli Company Bravo,PLKN Guar Chenderai Sesi 7/2010.



Semua ada pro dan kontra.

Yang kontra :

1)Hampa penat berkawad setengah mati kat kem,kawan hampa dok senang lenang bersantai di rumah,boleh hang out ramai-ramai.tak aci!hmmphh!

2)Hampa akan mengalami homesick.Tambah tambah kalau hampa macam aku ni,tak pernah duduk hostel.Jangan risau,lepas sebulan hampa kompem akan biasakan diri dengan kem tu.

3)Bagi orang yang tak biasa dengan aktiviti lasak,memang payah jugak lah nak ikut rutin harian kem.Penat baq hang!Lepas roll call,terus pengsan atas katil sampai subuh.

4)Dah takda katil yang selesa,bantal yang empuk lagi comfy nak teman hampa tidoq.Tidoq pun tak cukup,pukul 5 pagi dah kena bangun.Selalunya budak lelaki lah kan bermasalah sikit nak bangun pagi.Suka stay up,dah tu bangun pulak matahari dah tegak kat atas kepala.


Pro nya :

1)Kawan baru yang ramai!Susah senang tanggug sama-sama beb.Masa graduate,kompem nangis sebab nak berpisah dengan kawan-kawan.

2)Membina keyakinan diri.PLKN ada Modul Pembinaan Karakter,a.k.a. Character Building.
Kelas yang paling best lah bagi aku!Seriously,kelas ni banyak bantu aku masa asasi & universiti.

3)Aktiviti lasak yang dahsyat lagi awesome!Bila lagi nak join aktiviti tali tinggi,berakit,belajar seni mempertahankan diri,kembara halangan,pegang M16,masuk hutan buat orienteering kan?

4)You'll be a much better person to yourself,your religion,your family and your country.InsyaAllah.Trust me!

Hampa yang terpilih sepatutnya fikir positif.Tak daftar lagi kem tu,jadi jangan assume benda-benda yang negatif.Walaupun ada senior hampa yang cerita macam - macam.
Itu pengalaman depa,bukan pengalaman hampa.Kan?

"The world needs more positive people!" - Matluthfi

Sekian,As-Salam.(:

p/s :mintak maap le..bahasa rojak sikit.hihi

Sunday, July 10, 2011

Keliru

Assalamualaikum !

Di sebuah kedai mamak,seorang ayah duduk bersama-sama anaknya.
Ada beberapa orang tua sedang berbicara.

Orang tua A : Kerajaan sendiri tak bersih,jangan dok halang la orang nak tuntut perubahan.Orang la(sekarang) ni dah cerdik,bukan pak turut.

Orang tua B : Sang kuning tu ada kepentingan sendiri sebenaqnya,bukan nak tolong rakyat sangat pun.Hang jangan la cepat percaya.Sengaja nak buat kacau saja.

Anak : Ayah,mana satu yang betul?

Si ayah diam.speechless.

Okay.itu cerita semalam,9Julai 2011.

Can you see that?Anda anda semua hanya mengelirukan minda orang muda,yang baru nak kenal dunia.Tolonglah,kami hanya mahu keamanan.

p/s : Doakan kesejahteraan bersama..Peace yaw!

Sekian,As-Salam.:)

Penamat,

Assalamualaikum!





Sepuluh tahun,maksudnya separuh hidup aku terisi dengan adanya Harry Potter & the gang.Dulu teringin gilaa kot nak masuk Hogwarts.

"Ingardium laviossa!"


Cepatlah 14 Julai 2011!

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #1

Tuesday, July 5, 2011

Nan the nanny

Assalamualaikum!

Sejak cuti habis asasi,aku start kerja jadi surirumah,merangkap babysitter adik bongsu aku.
Muhd.Akmal Ezany, a 3y/o boy.Hampa boleh bayang dak macam mana hypernya budak yang tengah nak membesaq ni?Tak cukup nafas pun ada sebab ligan dia.Sat keluaq rumah tengok lembu,sat ajak naik atas tengok tv.Terima kasih la adik oii..bagi tetah(kakak)hang ni turun 2 kilo.

PERISTIWA 1

Pagi tadi aku suruh dia pegang dada,rasa degup jantung.

Akmal : Tetahhh...ada bom dalam badan kemall!

Habis cuak muka dia,tulaa..banyak sangat tengok tv.

Aku : Tu jantung la adik..JAN-TUNG.Kalau jantung berdegup,kiranya kita hidup lagi la..

PERISTIWA 2:

4.00 petang-adik aku yang darjah 4,si Muhd.Afnan Nazmy tidoq mati kat atas sofa,penat sangat kot.Akmal panjat atas dada dia,cuba kejut si Afnan tu.

Akmal :Abang tehhhh..bangunlaaaaaa..Ehh..Tetahhhhhhh!

Cara dia jerit tu satu kampung boleh dengaq kot,tapi Afnan tu tak bergerak sikit pun.Tiba-tiba dia stop jerit.
Aku pun kalut la pi tengok dia.

Nan : Awat adik jerit?

Akmal : Tetah5!Bangteh mati tadi..Tapi Kemal rasa jantung dia dah,dia hidup balik dah.*cakap dengan muka tak bersalah*

Bongek betol la adik aku yang sorang ni..-.-"

Sekian,As-Salam.(:

Saturday, July 2, 2011

Perjalanan,



Assalamualaikum.

Nak sampai satu destinasi,kena experience perjalanan,journey bak kata orang putih.
Sepanjang perjalanan,mesti buat pilihan.Kiri ke kanan,terus ke kona(belok)?
Hidup ni perjalanan.Jauh macam mana pun kita berjalan,akhirnya kita akan balik kepada Dia,Yang Maha Besar.Kan?

Jangan risau,kalau hang tak cantik tak kaya di dunia,insyaAllah di 'sana' nanti hang akan dapat apa yang hang nak.Dengan syarat,Ittaqullah!
Hati pun mau bersih jugak weh.
Tapi ya la kan,kita manusia.Bila dah ada masalah,baru nak ingat Allah.Bila bahagia,melompat guling-guling siap menari lagi.Jarang sekali nak cakap Alhamdulillah.Aku pun tergolong dalam golongan ni.
haha!Rasa macam kena penampaq dak?Kalau ya,bersyukurlah sebab Allah masih tak merajuk dengan hang,masih buka pintu hati hang.
Kalau tak rasa apa-apa,something is wrong then.Allah Maha Pengampun.(:

Eh gaya aku pos ni macam perasan good-good pulak kan?hehs.
Come on,semua orang ada peluang untuk berubah.Either you take it or just leave it.
Realitinya,aku dah buat banyak silap.Tengah cuba untuk jadi lebih baik.
Percaya dak,aku rasa macam nak berubah sejak baca novel-novel Hlovete?Semua buku aku dah khatam.Yang terbaru,Contengan Jalanan.Allah akan sentuh hati kita dengan cara yang kita sendiri tak boleh jangka.Kalau Dia nak.


Pray for me,pray for us.

Sekian.As-Salam.(:

Thursday, June 30, 2011

Pengalaman,

Assalamualaikum!

Lama jugak la aku ni jadi stalker tak bertauliah.
Macam-macam jenis blog dah aku jumpa walaupun aku takdak blog sebelum ni.
Okay let's move on to the topic everybody!
Perkara yang aku suka :

1)
Bila buka blog orang tu,tiba-tiba muncul lagu kegemaran aku.
fuh!menaikkan keazaman dan semangat nak stalk blog tu.
Kalau aku tak pernah dengaq lagi lagu tu,dengan sepantas kilat aku tanya pakcik google.Aku prefer apa saja lagu,asalkan sedap jadi halwa telinga.
TAPI
Kalau page anda dah diserabutkan dengan pelbagai gadget-gadjet yang terkini lagi canggih,takdak lagu pun takpa.
Memang masa aku untuk tunggu loading page blog hang lama-lama pun kann..-.-"
Maka,aku pun segera angkat kaki bergerak ke blog lain..
Being modest is the best yaa kawan-kawan.

2)
Background layout yang alahai..comelnyaaa..
Selalunya blogger perempuan la kan yang rajin mencomelkan blog depa.
Blogger lelaki kebanyakannya simple,but neat..aku sukaa!
Layout cantik,dipadankan dengan gadget-gadget yang bersesuaian,memang mampu tangkap mata aku untuk stalk blog tu..
Habis post-post lama aku godek.muahaha!
TAPI
Ada ja blog yang tak colourful pun.putih suci,hitam menawan jaa colour yang ada.
Selalunya blogger macam ni bukan malas,tapi depa unik bagi aku.
Buat apa nak serabutkan blog kan?Bikin orang pening saja..
Mungkin itu pandangan depa..hihi

3)
Writing style.Gaya penulisan.
Tak perlu gadget,tak perlu lagu.Tulisan saja pun dah cukup kuat.
Aku tabik spring lah kat blogger yang tak jemu-jemu update blog,ada saja benda menarik macam unsur keislaman,isu semasa,unsur sarkastik nak perli orang.
Walaupun kadang-kadang ada maki hamun,carut marut mengarut segala,tapi tu hak depa..nama pun blog depa kan?
Aku hanya mampu senyum gelak geleng kepala saja la bila baca.
Ada sesetengah blogger yang dah jadi penulis,publish buku.memang hevat gila lah!
TAPI
ada jugak blogger yang kurang menulis,tapi letak gambaq yang cantik,kena dengan mood atau perasaan atau situasi depa masa tu.nice!
Yang paling aku tak tahan kalau letak gambaq makanan..Fuh!terliuq baq hang.

Ituudiaa hasil pemerhatian aku selama beberapa tahun jadi stalker.
Memang fitrah manusia,suka memerhati dan mengkritik tapi kurang mampu terima kritikan.
Padahal diri sendiri taklah sempurna sangat pun.Kan?
Ayuh!muhasabah diri masing-masing.

Sekian,As-Salam. (:

Wednesday, June 29, 2011

Cubaan pertama,

Assalamualaikum!

yeayy!akhirnya aku dah create blog..*clapclap*
okay,itu noob..-.-"
bukan apa,selama ni malas nak ada blog.
aku lebih suka baca a.k.a stalk blog orang lain.
bagi aku mereka mereka ini ada
bakat menulis yang fuuhhhh awhhsemm gilaaa..

Nan tak normal?eh aku tak normal ka?
Yes aku tak normal,aku luar biasa!muahaha!
Tak normal bukan bermaksud gila yaa kawan - kawan..
Contoh,nampak orang korek hidung depan public.
Nampak tak sopan kan bagi orang normal?
cubalah husnuzhon(bersangka baik) sikit..
Mungkin orang tu tak dan nak korek hidung masa dia dalam toilet kot.haha!
Semua orang ada sisi yang tak normallah.
I mean,everybody have their own skeletons in the closets.

Okay,nanti aku taip lagi.Susah jadi suri rumah ni..

cheerio! As-Salam..:)

Eh,cuti?

Assalamualaikum.

29 Jun 2011,27 Rejab.Ya,cuti umum bagi negeri Perlis & beberapa negeri yang lain.

Muhasabah diri balik,betoi ka kita tau tujuan cuti ini?
Kalau tau ada peristiwa penting bagi umat Islam,maka syukur alhamdulillah.
Tapi malang,kini situasinya begini :

anak : Bapak,esok chek tak sekolah..cuti.yeayy!*sorakgembira
Bapak : ish..biaq betoi..nak tuang sekolah ka apa?awat esok cuti?
anak : Israk Mikraj la bapak..Esok chek nak mangkit tidoq lewat la..
Bapak : ha,senang sikit kerja aku.tak payah hantaq hang.Nasib baik cuti.

Sedih kan?tak boleh salahkan si anak yang naif,bukan juga salah ayah yang kurang peka.

Secara ringkasnya,peristiwa besar & bermakna bagi Rasulullah s.a.w,
bagi kesan jugak kat kita.
Israk,perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa
Mikraj,perjalanan R.asulullah untuk bertemu dengan Allah s.w.t.
Perjalanan satu malam saja.
Nahhh...Hebat tak hebat kuasa Allah s.w.t?
Kalau dulu mungkin takdak roket,jet or etc
tapi Allah Yang Maha Mencipta,apa apa pun boleh jadi.
Subhanallah!

"Dan barangsiapa yang ditunjuki Allah, dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang Dia sesatkan maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, Kami tambah bagi mereka nyalanya.

Surah Al-Israa',Ayat 97

Selamat bercuti adik2!
Aku yang memang dah cuti ni tak rasa efek apa pun..haha!
Kalau rajin,puasa sunat yee..

As-Salam..(: